Selasa, 24 Januari 2012

LOGO

STAKAT NI...
baru 2 lakaran yang aku buat.. takde ler secantik mana.. skadar boleh menggunakan PS mahirnya tidak.



Lakaran 1






Lakaran 2

Khamis, 19 Januari 2012

IMBASAN TAHUN 2011

LARIAN PAYA KAMPUNG LAMIR, PEKAN. SEMPENA HARI BELIA 2011






KAMPUNG LAMIR - Larian Paya Pahang Tua 2011 yang dianjurkan di sini berjaya menarik lebih 700 peserta terdiri daripada golongan belia, pelajar dan masyarakat setempat.

Menariknya, larian sejauh lapan kilometer bagi peserta lelaki dan lima kilometer bagi peserta wanita itu meliputi kawasan sawah padi yang menyediakan pemandangan hijau dan indah, seterusnya menjadikan acara itu unik. Sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat dan sekitar daerah ini menjadikan acara itu sebagai platform terbaik menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dalam program julung kali itu.

Aktiviti ini berjaya menghidupkan suasana kampung yang indah, yang sebelum ini kurang diberi perhatian berikutan lokasinya jauh dari bandar dan penduduknya pula banyak terlibat dalam bidang pertanian serta penternakan.

“Suasana sawah padi yang menghijau dan damai merupakan tarikan utama yang ada di sini dan pemilihannya sebagai kawasan bagi acara larian adalah satu usaha yang bijak dan menarik.

“Disamping itu, peserta dapat melihat sendiri kawasan sawah padi yang masih giat diusahakan penduduk di daerah ini dan golongan belia akan dapat mengenali lebih dekat serta menyedari kepentingan bidang pertanian kepada negara.

Turut hadir, isteri Pegawai Daerah Pekan, Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali, Datin Adila Mohd Taib; Penghulu Mukim Pahang Tua, Hamdan Mohd Sahal; Pegawai Belia dan Sukan daerah, Khairi Ahmad dan semua ketua kampung di bawah Mukim Pahang Tua.

Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu kategori Lelaki Junior, Lelaki Terbuka, Wanita Junior serta Wanita Terbuka yang menyediakan hadiah wang tunai dan hadiah iringan kepada setiap pemenang.

Program anjuran Majlis Belia Daerah (MBD) dengan kerjasama Badan Penyelaras Belia Mukim Pahang Tua dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah itu turut diserikan dengan aktiviti seperti senamrobik, cabutan bertuah, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak serta pertandingan menyumpit.

Timbalan Pengerusi MBD, Rizal Mustafar berkata, penganjuran acara seperti itu akan diteruskan pada masa akan datang bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan menjaga kesihatan melalui aktiviti larian dan senaman.

Disediakan Oleh : hjamir

SUMBER DARI: http://www.jbsnpahang.gov.my/page.php?page=berita&serialno=60

Rabu, 18 Januari 2012

AKAN DATANG

Ingin meneroka pengalaman baru? cabaran baru? 
Sertailah Larian 1 Paya yang akan diadakan di dalam kawasan sawah padi.





akan dianjurkan semula tidak lama lagi. TAPI diperingkat yang lebih tinggi. dengan hadiah lumayan menanti para peserta

TEMPAT: PAYA MUKIM PAHANG TUA, PEKAN, PAHANG
TARIKH & MASA: 7 MEI 2012 (JANGKAAN AWAL)
KATEGORI: NEGERI (JANGKAAN AWAL)


Diterajui oleh:
Persatuan Belia 4B Tanjung Johar, JKKK Pahang Tua, Pekan Pahang
Dinaungi oleh:
Persatuan Belia 4B daerah Pekan, Pejabat Daerah Pekan, xxx
Turut Serta:
Pejabat Pelajaran Daerah Pekan, Majlis Daerah Pekan, JPS, PRDM, xxxx, xxx
Penasihat:
xxx



******
(STILL UNDER CONSTRUCTION)
******